Resepi Kek Pelangi


KEK PELANGI RAYA

Lapiskan loyang pembakar dengan kertas minyak supaya kek tidak melekat dengan loyang dan mudah dikeluarkan.

Waktu memasak : 90 minit
Saiz hidangan untuk : 8 orang
Cara memasak : Bakar


BAHAN-BAHAN:


500gm tepung naik sendiri
375gm gula kastor
500gm mentega
125ml susu
200ml air
7 jenis pewarna
2 sudu teh esen vanila

BAHAN KRIM AISING:

300gm mentega
50gm krim keju
200gm gula aising
1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan teruskan memukul hingga sebati.

Masukkan esen vanila dan tepung naik sendiri dan gaulkan adunan tersebut sehingga sebati.

Kemudian, masukkan susu dan air, gaul rata.

Setelah adunan siap, bahagikan kepada tujuh bahagian dan setiap adunan di masukan warna yang berlainan. Adun sebati.

Masukkan setiap adunan ke dalam loyang pembakar yang berlainan.

Bakar selama 15 minit untuk setiap kek pada suhu 170˚C.

Untuk krim, pukul mentega, krim keju, gula aising dan esen vanila hingga kembang.


Setelah kek siap dibakar biarkan sejuk sebentar, kemudian barulah susun kek tersebut.

Sapukan bahagian atas kek dengan krim hingga rata, kemudian letakkan lapisan kek yang kedua.

Ulangi proses sehingga habis lapisan.

Akhir sekali, sapukan krim di seluruh bahagian kek dengan rata dan kemas. Hiaskan bahagian luar kek mengikut kreativiti anda.


Sedia dinikmati.

Tags

Top Post Ad

Below Post Ad