Resipi kentang putar!


Resipi mudah buat kentang putar KFC Mashed Potatoes & Gravy

Ramai di antara kita yang menggemari kentang putar yang selalu dibeli di restoran makanan segera. Kentang putar bukan sahaja digemari oleh golongan dewasa, tetapi kanak-kanak juga amat menyukainya.

Namun jika difikirkan, takkanlah setiap kali terasa mahu makan kentang putar perlu beli di restoran makanan segera?

Apa kata anda buat kentang putar anda sendiri di rumah.

Selain terjamin kebersihan, kentang putar yang anda buat sendiri lebih selamat dan bebas tanpa bahan-bahan perasa.

Berikut adalah cara ringkas membuat kentang putar.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang bagaimana atau cara untuk membuat kentang putar kegemaran anda ini.

Anda perlu sediakan beberapa ubi kentang.

Ubi kentang tersebut perlu di basuh bersih dan di rebus serta dibuang kulitnya.

Seterusnya adalah kisar sehingga halus.

Masukkan sedikit mentega, susu segar atau krim, garam dan serbuk lada putih.

Kisar lagi dan gunakan 'ice cream scoop' untuk mencedok kentang dan hidangkan.

Mudah bukan?

Selamat mencuba!

Top Post Ad

Below Post Ad