Resepi Terung Goreng Crispy

Resepi mudah Terung Goreng Crispy yang lazat!

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Mesti anda sedang terfikirkan menu untuk minum petang ini. Jangan risau, kerana kami di HBS akan kongsikan satu resepi mudah yang akan menjadi kegemaran anda setiap kali minum petang.

Siapa yang sukakan terung? Pasti tidak ramai yang menggemari sayur ini kerana rasanya yang tidak menarik.

Jadi, apa kata anda mempelbagaikan sayuran ini kepada sesuatu yang sangat menyelerakan.

Jom cuba resepi terung goreng crispy yang lazat ini, yang dipetik daripada All Recipes.

Bahan-bahan:
Terung panjang/bulat
2 biji telur
2 cawan serbuk roti
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara menyediakan:
1. Terung dipotong nipis-nipis.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
3. Celup terung dalam aduan dan kemudian letakkan ke dalam serbuk roti sehingga rata.
4. Goreng dalam minyak yang sedang panas.
5. Angkat dan siap dihidang.

Memang mudah dan sangat sedap. Selamat mencuba!

[Sumber Foto: Ricosworldkitchen]


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad