Resepi Coklat Bebola Ceri!


Kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di plaza tol Jambatan Pulau Pinang.

Selalunya kita akan membeli coklat di luar. Tetapi kebiasaannya didalam coklat tersebut mengandungi kacang atau pun kismis.


Apa kata anda tukar selera anda. Bagaimana jika di dalam coklat anda terdapat buah ceri merah yang manis? Mesti sedap bukan?

Jom cuba resepi mudah Coklat Bebola Ceri yang dipetik daripada Food.com.

Bahan-bahan:
Buah ceri merah dengan tangkai
150gm coklat masakan yang dipotong kecil dan dicairkan
25gm serbuk koko
60gm gula kastor
100ml susu cair
50gm minyak masak
60gm susu pekat manis
40gm tepung gandum
50gm krim keju
½ sudu besar mentega yang diputar hingga lembut
¼ sudu kecil soda bikarbonat
¼ sudu kecil serbuk penaik

Cara menyediakan:
1. Satukan serbuk koko, gula kastor, susu cair, minyak masak dan susu pekat di dalam periuk, kacau di atas api perlahan hingga tidak berketul. Tidak perlu sampai mendidih.
2. Biarkan suam sedikit, masukkan telur yang dipukul tadi sedikit-sedikit dikacau dengan hand whisk hingga rata dan sebati.
3. Tuang ke dalam loyang dan kukus di dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu selama 40 minit dengan api sederhana hingga masak.


4. Sejukkan dahulu kemudian ramas hingga hancur. Masukkan krim keju dan mentega sedikit demi sedikit dan gaul hingga boleh di kepal.
5. Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan. Letak ceri ditengahnya. Kemudian simpan sebentar di dalam peti sejuk.


6. Celupkan bebola ceri tadi kedalam coklat masakan yang telah dicairkan hingga rata, tabur dengan hiasan mengikut citarasa anda.

7. Biarkan coklat sejuk dan mengeras.

Selamat mencuba!

[Sumber Foto: Hungry Happenings]


Top Post Ad

Below Post Ad