Resepi Daging Bakar Air Asam

Tukar selera dengan Daging Bakar Air Asam

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)




Jika sebelum ini hidangan ikan bakar dimakan bersama air asam menjadi kegemaran ramai, apa kata tukar selera kepada daging bakar air asam pula yang pastinya akan memberi sesuatu baru dalam menu makanan anda.

Menu ringkas ini bukan sahaja enak untuk dimakan, malah daging bakar air asam juga merupakan satu sumber protein dan mempunyai khasiat tersendiri bagi mengekalkan kecergasan tubuh.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda resipi mudah yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
½ kg daging lembu –dibakar hingga masak

Bahan untuk air asam:
2 labu bawang besar }
5 tangkai cili api }
2 tangkai cili merah }
2 tangkai cili hijau }               dihiris
1 kuntum bunga kantan }
2 tangkai daun kesum }
1 biji buah tomato
Sedikit belacan
½ cawan air asam jawa
Garam & gula Melaka

Cara-cara membuat:
1. Campurkan bahan hiris bersama dengan belacan, air asam, garam dan gula Melaka.
2. Potong daging nipis-nipis dan curahkan air asam ke atasnya.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

[Sumber foto: suzana-ciksue]

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad