Resepi Soda Herb

Segarnya dapat minum Soda Herb di hari panas

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




Kita kini dilanda musim panas yang boleh dikatakan agak panas dari biasa dan oleh itu kita disarankan untuk banyakkan meminum air kosong.

Namun tidak ramai yang berbuat demikian kerana mahu lebih gemarkan air berperisa. Oleh kerana itu kali ini kami ingin berkongsi dengan anda buat sendiri minuman yang bukan sahaja menyegarkan tetapi disukai oleh ramai iaitu Soda Herbs.

Bagi sesiapa yang pernah mencuba minuman ini pastinya anda akan terliur apabila mengenangkan kembali ketika anda minum Soda Herbs ini.


Bagi yang tidak pernah minum, apa kata anda buat sendiri kerana ia sangat mudah.

Jadi jom buat air Soda Herbs yang dipetik dari Vitaldaily.

Bahan-bahan
- Sebiji lemon
- 2 – 3 batang serai
- 50 gram daun pudina
- Buah laici dalam tin
- Asam boi
- Ais/Air batu
- Air berkabonat ais krim soda

Cara-cara:
- Pertama potong lemon nipis-nipis dan masukkan serai, buah laici.
- Tuangkan air ais krim soda dan ais ketul kemudian kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan asam boi dan kacau lagi sekali.
- Akhir sekali tuang dalam gelas dan nikmati air yang menyegarkan ini.

Selamat mencuba!

[Sumber foto: vitaldaily]

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Top Post Ad

Below Post Ad