Resepi Sambal ikan kering


Sambal ikan kering pembuka selera di waktu tengahari!

Apabila tiba waktu makan tengaharai rata-rata pasti akan memilih nasi berlauk sebagai juadah tengahari anda.

Jika sebelum ini anda sering memakan lauk yang saya seperti ayam goreng, kari ayam, asam pedas atau yang lain-lain, apa kata anda cuba sambal ikan masin pula.

Tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak, sambal yang ikan masin jika dihidangkan pasti akan membuka selera.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda resepi mudah untuk menghasilkan sendiri sambal ikan masin yang dipetik dari Mingguan Wanita. 

Bahan-bahannya:
10 ekor ikan masin – kecil
100 gm cili giling
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 camca besar air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
2 keping asam gelugur

Cara-cara menyediakannya:
• Panaskan minyak dan goreng ikan masin.
• Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
• Masukkan cili giling dan tumis hingga garing.
• Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biar ia masak hingga agak kering.
• Masukkan ikan masin dan gaul rata.

Selamat mencuba & menjamu selera!

[Sumber foto: rasa]


Top Post Ad

Below Post Ad