Resepi Sira Labu

Resepi Sira Labu

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sira Labu juadah enak minum petang

Selalunya apabila tiba waktu minum petang juadah yang sering dihidangkan pasti pisang goreng atau kuih muih tradisional yang kadang-kala pasti akan membuatkan anda berasa muak dengan juadah yang sama.

Apa kata anda tukar selera anda kepada sira labu untuk juadah minum petang anda. Pastinya akan membangkitkan selera anda.

Sira labu bukan sahaja manis, tetapi ia juga berbau harum. Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda resipi mudah untuk menghasilkan juadah yang cukup enak dan lazat ini yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup tempatan.

Bahan-bahannya:
1/2 kg labu kuning - dikupas kulit dan direndam ke dalam air seketika)
3 helai daun pandan
Gula pasir secukup rasa

Cara membuatnya:
• Masukkan labu yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
• Tuangkan sedikit air, daun pandan serta taburkan gula pasir.
• Masak menggunakan api yang perlahan dan biarkan seketika agar labu tidak hancur dan kelihatan cantik.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

[Sumber foto: ibudamia]


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad