Resepi Sup Kaki Lembu

Resepi biasa biasa sahaja. Kalau menggunakan daging bahagian kaki yang dah berlemak ini, elok masak sup yang simple sahaja.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Resepi Sup Kaki Lembu.

Kaki lembu.. sapa pernah makan? katanya antara bahagian PALING sedap dalam lembu... macammana nak masak? tengok gambar..sup kaki lembu...

Kali ni nak cerita tentang masakan. Maklumlah bulan ramadhan ni.

Ramai yang nak makan benda pelik-pelik. Nak penuhi selera masing-masing. Namun begitu jangan pula membazir ketika menyediakan juadah berbuka serta ketika membeli juadah. Kehendak nafsu jangan diikut. Nanti lesu!

Sepanjang bulan puasa ni, keluarga saya lebih suka memasak sendiri daripada membeli di luar. Bukan apa, rasa lebih seronok dan berbaloi. Kali ini nak bgtau resepi Sup. Bukan Sup biasa tapi Sup kaki Lembu/Sapi.

Picture
Bahan-bahan Untuk Sup:-.

  1. 2 batang kaki lembu. Harga di pasar tani Rompin; RM 4 sebatang. (2 batang ni sesuai utk 10 org makan).
  2. Rempah ratus. (satu paket ada mengandungi, kayu manis, bunga lawang, cengkih dll).
  3. Sup Bunjut dan serbuk sup.
  4. Halia.
  5. Bawang (bawang merah, bawang putih).
  6. Gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Bahan Untuk Mee Sup:
  1. Cendawan (samada cendawan shitake @ tiram).
  2. Sawi.
  3. Daun Sup dan daun bawang.
  4. Bebola ikan dan kek ikan (fish cake).
  5. Tauge

Cara Memasak:

Mula-mula kena usahakan dulu kaki lembu.

Picture
Kaki lembu kena panggang untuk buang bulu dan kuku. Yang perlu ditainggal hanya kulit, isi dan tulang. Kaki perlu dipanggang kemudian dikikis bulunya dengan menggunakan pisau agar segala bulunya gugur. (nanti geli plak nak makan bulu lembu). Kemudian dihiris dan dipotong kecil kulit lembu manakala tulangnya dipotong kecil.


(kaki lembu ysng sudah siap dicincang)

Kemudian rebus kaki lembu tadi selama 2 jam. Biar lembut sikit kulit dan isi kaki lembu tu. Kalau air dlm rebusan tadi kering, tambah je. Nanti rentung plak periuk tu. Sesudah kaki nampak lembut mari kita sediakan supnya.

Segala jenis bawang diblend halus kemudian ditumis bersama sama dengan rempah ratus sehingga naik wangi kemudian serbuk sup juga ditumis bersama. Bila kewangian rempah ratus dapat dirasa, masukkan bahan-bahan tumis tadi serta halia ke dalam stok kaki lembu tadi. masukkan juga sup bunjut. gaulkan sehingga rata dan sebati. Biarkan selama selama setengah jam. Ini untuk membolehkan daging dan rempah ratus yang ditumis bersebati. Baru lazat. Kemudian, masukkan garam dan perasa secukup rasa.

Untuk menyediakan mee, bahan-bahan seperti sayuran + cendawan + fish ball + fish cake + tauge hendaklah direbus seketika. Jangan lama nanti terlebih masak hinggan hilang rasa manis sayur. Juga rebus mee seketika.

Hasilnya, memang menyelerakan bagi mereka yang kelaparan. Rasa kulit lembu yang lembut dan ranggup akan membuka selera. Cubalah.. Pasti anda penat ketika memanggang kaki lembu.. Penat woo... tambahan pulak di bulan ramadhan... hahahaha....

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad